Sunday, 30 April 2017

KITAR SEMULA

Kitar semula merupakan penggunaan semula produk termasuklah mempelbagaikan penggunaan bahan dalam mengekalkan bentuk asalnya atau sebagai alternatif dengan atau tanpa perubahan. Dalam kebanyakan situasi, bekas-bekas terpakai boleh digunakan semula sebagai pengganti terhadap pembelian produk baru. Seterusnya, ia dapat memastikan kita dapat mengurangkan sisa pepejal serta memelihara sumber asli semula jadi.



BAHAN-BAHAN KITAR SEMULA
Ø  Kertas
Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna, seperti suratkhabar lama, majalah lama, buku, katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat dan kotak boleh dikitar semula.
Semua jenis kertas mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna BIRU.

Ø Kaca

Semua jenis kaca termasuklah botol minuman, bekas makanan, botol vitamin dan bekas kosmetik.  Semua jenis kaca ini mestilah diletakkan di dalam tong yang berwarna COKLAT.

Ø  Logam

Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium seperti tin-tin minuman boleh dikitar semula.  Ia mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna JINGGA.  Aluminium dan tin minuman , foil aluminium dan bahan logam lain adalah sedia untuk dikitar semula.

Ø  Plastik

Beg-beg membeli belah plastik, beg plastik dari supermarkat, botol minuman plastik, botol air mineral dan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik boleh diproses untuk dikitar semula.  Semua jenis plastik ini mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna JINGGA.




AKTIVITI KITAR SEMULA
Antara aktiviti yang sering diamalkan oleh rakyat Malaysia ialah mengamal amalan 3R.  3R bermaksud Reduce, Reuse dan Recycle.

Ø  Reduce ( Pengurangan)

Ø  Hanya beli apa yang diperlukan:Kurangkan pembelian yang tidak perlu. Jangan membeli barangan yang jarang digunakan. Beli barangan buatan tempatan.
Ø  Beli produk yang boleh diguna semula:
Beli barangan dalam botol (kaca) dan bateri boleh dicas semula.

Ø  Beli pencuci serbaguna:
Ini mengurangkan pembelian pelbagai jenis pencuci untuk setiap kegunaan.

Ø  Beli barangan yang kurang bungkusan:
Bungkusan yang kurang akan mengurangkan sampah yang dibuang. Sokonglah bungkusan kertas.

Ø  Jual atau dermakan barangan (dalam keadaan baik) yang tidak digunakan:
Jangan simpan, membuang atau membakar barangan yang tidak digunakan

Ø  Beli produk tidak bertoksik:
Kebanyakan produk toksik seperti minyak enjin, pengilap, cat dan racun serangga tidak boleh diguna semula. Habiskan guna bahan-bahan toksik sebelum membuang bekasnya.

Ø  Gunakan bahan alternatif untuk mengganti bahan berbahaya/toksik:
Mencuci dengan menggunakan soda bercampur cuka dan minyak zaitun bersama lemon adalah pengilap perabut yang baik.
Ø  Reuse ( Guna Semula)

Ø  Beg-beg boleh digunakan semula untuk membeli-belah dan menyimpan barangan di rumah.

Ø  Sampul surat boleh digunakan semula dengan melekatkan alamat baru di atas alamat lama. Ia juga boleh digunakan sebagai kertas skrap.

Ø  Bekas-bekas boleh digunakan untuk menyimpan barangan di rumah.

Ø  Kertas dan kadbod boleh digunakan untuk melapik dan menyimpan barangan di rumah. Kertas yang telah digunakan boleh dijadikan kertas conteng. Jangan lupa kitar semula jika tidak boleh digunakan lagi.

Ø  Baju-baju lama boleh dijadikan alas kusyen, alas meja atau kain perca.

Ø  Kayu lama boleh dijadikan sebagai bahan kraftangan. Jangan membakar kayu-kayu ini. Pembakaran terbuka adalah salah di sisi undang-undang.

Ø  Tayar lama boleh diberikan kepada kedai tayar untuk dikitar semula. 

Ø  Recycle ( Guna Semula)

·          Kitar semula di rumah:

o    Sentiasa melihat akan barang yang boleh dikitar semula. Asingkan bahan-bahan ini mengikut jenis. Gunakanlah tong-tong kitar semula yang terdapat untuk membuang bahan-bahan yang boleh dikitar semula.
o    Cuba mencari cara untuk kitar semula setiap bahan seperti kertas, plastik, loam dan kaca. Bahan-bahan lain seperti perabot, barangan elektronik, bahan pembinaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula.
o    Beli produk-produk yang menggunakan barangan kitar semula.


·         Mengitar semula di laman anda:

o    Mengitar semula barangan kebun dan menanam pokok boleh memperbaiki alam laman anda. Mengkompos, iaitu proses pereputan bahan-bahan boleh reput, dapat digunakan semula sebagai baja di laman. Ia adalah cara terbaik untuk mengurangkan sisa dapur.
o    Mengitar semula rumput merupakan cara yang ringkas untuk mengembalikan zat-zat kepada tanah apabila rumput yang dipotong ini dibiarkan mereput.


·         Mengitar semula di sesebuah komuniti:


o    Pusat kitar semula: memberi ruang dan kemudahan kepada sesuatu komuniti untuk menghantar bahan-bahan bagi pengitaran semula.
o    Sekolah dan perniagaan: boleh memainkan peranan yang penting. Kedua-duanya boleh menjadi tempat rujukan dan memberikan kesedaran tentang kitar semula.
o    Projek-projek komuniti: jalankan aktiviti-aktiviti untuk memperbaiki dan meningkatkan aktiviti- aktiviti mengitar semula.


BERITA TENTANG KITAR SEMULA





Menurut keratan akhbar ini semua Kawasan Rukun Tertangga perlu mengadakan beberapa kempen bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan kitar semula kepada kita semua.  Idea yang diberikan amat tepat kerana sebuah organisasi mampu untuk menjadi penggerak utama sesebuah organisasi bagi melaksanakan aktiviti di kawasan sekitar tempat tinggal.





LAPORAN PERTANDINGAN

Pengenalan Projek
 
Program ini khas dilaksanakan untuk mendedahkan semua warga sekolah
pengetahuan tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan seterusnya meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah dalam amalan lestari hidup terutamanya mengitar semula bahan-bahan yang sedia ada dalam kawasan sekolah. Antara aktiviti yang dianjurkan di bawah program ini adalah Program Kitar Semula, Aktiviti pengumpulan bahan-bahan terbuang yang diperolehi di sekitar sekolah dan rumah warga sekolah
 

Matlamat Projek
 

Menjadikan warga Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa  sedar dan bergiat aktif dalam program amalan lestari dan lestari hidup.
 

Objektif Projek
 
I.       Mendedahkan warga sekolah pengetahuan mengenai kepentingan
             pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan program-program
             mesra alam.

II.      Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan
             berkesan seperti program kitar semula.

III.     Memupuk semangat kerjasama semua warga sekolah dalam menjaga
             kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah

IV.     Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga
             sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.

V.      Memupuk sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar dengan
             memberi dan menyediakan peluang dan kesempatan kepada warga
             sekolah untuk menjalankan aktiviti kitar semula
.




Faedah Projek
 
I.       Semua warga sekolah didedahkan dengan pengetahuan secara lebih
          mendalam mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam
          sekitar.


II.      Aktiviti melibatkan pelajar-pelajar dalam amalan lestari hidup seperti
        penjimatan pengunaan air dan tenaga elektrik, cara-cara menjaga alam
        sekitar dan mengitar semula bahan-bahan yang tidak berguna.


III.     Warga sekolah dapat memanfaatkan program ini untuk dilaksanakan di
        tempat kediaman masing-masing dengan mempraktikkan amalan kitar
        semula.


IV.     Secara tidak langsung, sebagai satu sumber pendapatan dari hasil jualan
        barangan kitar semula yang dikumpulkan itu.



 
Pihak Pelaksana Program Amalan Lestari Kitar Semula
 
PIBG SMK Bukit JAWA, Panitia Kemahiran Hidup, Panitia Kajian
Tempatan, Panitia Pendidikan Moral, dan AJK SMK Bukit Jawa.
  

Strategi Pelaksanaan
 
1.      Mengadakan taklimat ringkas berkaitan dengan kitar semula kepada     semua murid semasa gerak gempur pagi.

2.      Memaparkan maklumat tentang pencemaran alam sekitar dan risalah-risalah  tentang kepentingan kitar semula di setiap kelas.


3.      Menganjurkan pertandingan antara kelas yang berjaya mengumpul bahan - bahan kitar semula terbanyak dan berkesan.


4.      Memberi pengiktirafan kepada kelas yang menyumbang dan terlibat secara aktif dalam melaksanakan program kitar semula ini


5.      Menjalankan aktiviti pungutan dan pengumpulan bahan kitar semula pada hari penamat program ini.


6.      Menyediakan beg plastik hitam dengan label kepada setiap kelas  agar mereka dapat mengkategorikan jenis-jenis bahan kitar semula mengikut   kumpulan yang betul misalnya kertas, plastik dan tin-tin aluminium.


7.      Menghubungi agensi-agensi berkaitan untuk mengumpul semua bahan kitar semula yang berjaya di kumpul oleh murid-murid di setiap kelas

 
 


Pencapaian
 

Objektif tercapai dan semua warga sekolah mengambil bahagian secara aktif
dalam setiap program yang dijalankan.
Segala program yang dijalankan mendapat kerjasama yang menyeluruh dari
warga sekolah dan AJK SMK Bukit Jawa.

 

Masalah dan Kekangan Yang Di Hadapi
 
Kekangan dari segi masa untuk menjalankan program selain dari waktu
sekolah dan aktiviti yang dijalankan hanya terbatas pada aras murid sekolah rendah.


Perancangan Seterusnya
 
Meneruskan program ini dengan memantau keberkesanannya dari masa ke
semasa dan menggalakkan murid sepanjang masa dalam mengumpulkan bahan
kitar semula dengan cara memaklumkan setiap minggu semasa perhimpunan pagi.
Menambahkan lagi aktiviti dan program yang berkaitan kesedaran kitar
semula dan ia akan dijadikan aktiviti wajib setiap tahun seperti program 3R ‘Rethink,Reuse, Recycle.


BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK KITAR SEMULA

Ø  KERTAS
Surat khabar lama dan majalah-majalah usang yang telah dikumpul  dari seluruh negara akan dibawa ke kilang memproses kertas  terpakai.
Kertas-kertas yang dikumpulkan tadi dihantar ke tempat pemprosesan 
di mana pada mulanya proses mencampurkan air dengan bahan kimia 
akan dilaksanakan untuk membantu dalam proses penghancuran sebelum  dibersihkan daripada kotoran yang nyata. Kertas yang dihancurkan  tadi dinyahkan dakwat yang terkandung di dalamnya, sebelum  menjalani proses pembersihan selanjutnya, proses penapisan dan  pencerahan. 
Kemudian, hasil yang diperolehi daripada proses di atas  dicampurkan dengan air lalu dipamkan ke bahagian hujung basah  mesin membuat kertas. Kertas kemudiannya diratakan oleh mesin pelembut kertas sebelum digulung menjadi satu gulungan kertas yang  besar. 
Gulungan kertas tadi kemudiannya dipotong mengikut pelbagai saiz, 
bergantung kepada kehendak pelanggan.

Ø  KACA
Kaca akan diasingkan mengikut warna. Apabila kaca dicairkan, warna  asalnya masih kekal bermakna kaca hijau akan kekal menjadi kaca  hijau, kaca coklat akan kekal dengan kaca coklat, dan kaca yang jernih akan kekal menjadi kaca jernih 
Setelah kaca-kaca diasingkan mengikut warna dan dibersihkan, ia 
akan dihancurkan dan ditambah dengan sedikit bahan mentah yang lain untuk dijadikan kaca yang baru. Campuran tersebut akan dipanaskan sehingga cair dan akan membentuk sejenis cecair. Kaca yang masih panas akan dibentuk untuk dijadikan botol. 
 Hasil yang terbentuk akan disejukkan dan diperiksa dari sebarang 
 keretakan/kecacatan. Proses terakhir ialah kaca-kaca yang sudah 
 siap akan dihantar ke syarikat-syarikat atau kilang-kilang di mana  kaca ini akan diisi dengan makanan dan minuman. 



Ø ALUMINIUM
  Aluminium terpakai yang telah dikumpul, diasingkan lalu 
  direnyukkan untuk diangkut ke pusat kitar semula. 
  Aluminium terpakai kemudian dilebur untuk menyingkirkan bendasing. 

  Tin-tin aluminium terpakai kemudiannya digunakan untuk 
  menghasilkan tin-tin yang baru. Kitaran semula aluminium 
  menjimatkan banyak tenaga berbanding memproses kitar semula 
  barangan lain seperti kertas. 


Ø  PLASTIK
  Plastik-plastik yang boleh dikitarsemula, ini seterusnya 
  diasingkan mengikut kategori. 
  Kitar semula plastik ini adalah satu perkara yang paling mudah dan 
  ringkas. Plastik akan dipisah-pisahkan sehingga menjadi serpihan 
  halus yang bersaiz lebih kurang 1 sentimeter. Kemudian ia dicuci 
  untuk membuang segala kotoran. Serpihan yang telah dibersihan
  Itu tadi akan dikeringkan melalui saluran udara panas. 
  Serpihan-serpihan plastik kemudiannya dibungkus untuk dijual 
  (dalam bentuk serpihan) ataupun akan dijadikan bahan-bahan  

   baru.

No comments:

Post a Comment