KITAR SEMULA
Kitar
semula merupakan penggunaan
semula produk termasuklah mempelbagaikan penggunaan bahan dalam mengekalkan
bentuk asalnya atau sebagai alternatif dengan atau tanpa perubahan. Dalam
kebanyakan situasi, bekas-bekas terpakai boleh digunakan semula sebagai
pengganti terhadap pembelian produk baru. Seterusnya, ia dapat memastikan kita
dapat mengurangkan sisa pepejal serta memelihara sumber asli semula jadi.
BAHAN-BAHAN KITAR
SEMULA
Ø Kertas
Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang
tidak berwarna, seperti suratkhabar lama, majalah lama, buku, katalog, risalah,
kalendar, kad, sampul surat dan kotak boleh dikitar semula.
Semua jenis kertas mestilah dimasukkan ke dalam
tong yang berwarna BIRU.
Ø Kaca
Semua jenis kaca termasuklah botol minuman, bekas
makanan, botol vitamin dan bekas kosmetik.
Semua jenis kaca ini mestilah diletakkan di dalam tong yang berwarna
COKLAT.
Ø Logam
Semua jenis barang yang diperbuat daripada
aluminium seperti tin-tin minuman boleh dikitar semula. Ia mestilah dimasukkan ke dalam tong yang
berwarna JINGGA. Aluminium dan tin
minuman , foil aluminium dan bahan logam lain adalah sedia untuk dikitar
semula.
Ø Plastik
Beg-beg membeli belah plastik, beg plastik dari
supermarkat, botol minuman plastik, botol air mineral dan bekas makanan yang
diperbuat daripada plastik boleh diproses untuk dikitar semula. Semua jenis plastik ini mestilah dimasukkan
ke dalam tong yang berwarna JINGGA.
AKTIVITI KITAR
SEMULA
Antara aktiviti yang
sering diamalkan oleh rakyat Malaysia ialah mengamal amalan 3R. 3R bermaksud Reduce, Reuse dan Recycle.
Ø Reduce
( Pengurangan)
Ø Hanya beli apa yang
diperlukan:Kurangkan pembelian yang tidak perlu. Jangan membeli barangan yang
jarang digunakan. Beli barangan buatan tempatan.
Ø Beli produk yang boleh diguna semula:
Beli barangan dalam botol (kaca) dan bateri boleh dicas semula.
Beli barangan dalam botol (kaca) dan bateri boleh dicas semula.
Ø Beli pencuci serbaguna:
Ini mengurangkan pembelian pelbagai jenis pencuci untuk setiap kegunaan.
Ini mengurangkan pembelian pelbagai jenis pencuci untuk setiap kegunaan.
Ø Beli barangan yang kurang bungkusan:
Bungkusan yang kurang akan mengurangkan sampah yang dibuang. Sokonglah bungkusan kertas.
Bungkusan yang kurang akan mengurangkan sampah yang dibuang. Sokonglah bungkusan kertas.
Ø Jual atau dermakan barangan (dalam keadaan baik) yang tidak
digunakan:
Jangan simpan, membuang atau membakar barangan yang tidak digunakan
Jangan simpan, membuang atau membakar barangan yang tidak digunakan
Ø
Beli produk tidak bertoksik:
Kebanyakan produk toksik seperti minyak enjin, pengilap, cat dan racun serangga tidak boleh diguna semula. Habiskan guna bahan-bahan toksik sebelum membuang bekasnya.
Kebanyakan produk toksik seperti minyak enjin, pengilap, cat dan racun serangga tidak boleh diguna semula. Habiskan guna bahan-bahan toksik sebelum membuang bekasnya.
Ø
Gunakan bahan alternatif untuk
mengganti bahan berbahaya/toksik:
Mencuci dengan menggunakan soda bercampur cuka dan minyak zaitun bersama lemon adalah pengilap perabut yang baik.
Mencuci dengan menggunakan soda bercampur cuka dan minyak zaitun bersama lemon adalah pengilap perabut yang baik.
Ø
Reuse ( Guna Semula)
Ø
Beg-beg boleh digunakan semula
untuk membeli-belah dan menyimpan barangan di rumah.
Ø
Sampul surat boleh digunakan
semula dengan melekatkan alamat baru di atas alamat lama. Ia juga boleh
digunakan sebagai kertas skrap.
Ø
Bekas-bekas boleh digunakan
untuk menyimpan barangan di rumah.
Ø
Kertas dan kadbod boleh
digunakan untuk melapik dan menyimpan barangan di rumah. Kertas yang telah
digunakan boleh dijadikan kertas conteng. Jangan lupa kitar semula jika tidak
boleh digunakan lagi.
Ø
Baju-baju lama boleh dijadikan
alas kusyen, alas meja atau kain perca.
Ø
Kayu lama boleh dijadikan
sebagai bahan kraftangan. Jangan membakar kayu-kayu ini. Pembakaran terbuka
adalah salah di sisi undang-undang.
Ø
Tayar lama boleh diberikan
kepada kedai tayar untuk dikitar semula.
Ø Recycle (
Guna Semula)
·
Kitar semula di rumah:
o
Sentiasa melihat akan barang yang
boleh dikitar semula. Asingkan bahan-bahan ini mengikut jenis. Gunakanlah
tong-tong kitar semula yang terdapat untuk membuang bahan-bahan yang boleh
dikitar semula.
o
Cuba mencari cara untuk kitar semula
setiap bahan seperti kertas, plastik, loam dan kaca. Bahan-bahan lain seperti
perabot, barangan elektronik, bahan pembinaan dan kenderaan juga boleh dikitar
semula.
o
Beli produk-produk yang menggunakan
barangan kitar semula.
·
Mengitar semula di laman anda:
o
Mengitar semula barangan kebun dan
menanam pokok boleh memperbaiki alam laman anda. Mengkompos, iaitu proses pereputan
bahan-bahan boleh reput, dapat digunakan semula sebagai baja di laman. Ia
adalah cara terbaik untuk mengurangkan sisa dapur.
o
Mengitar semula rumput merupakan cara
yang ringkas untuk mengembalikan zat-zat kepada tanah apabila rumput yang
dipotong ini dibiarkan mereput.
·
Mengitar semula di sesebuah komuniti:
o
Pusat kitar semula: memberi ruang dan
kemudahan kepada sesuatu komuniti untuk menghantar bahan-bahan bagi pengitaran
semula.
o
Sekolah dan perniagaan: boleh
memainkan peranan yang penting. Kedua-duanya boleh menjadi tempat rujukan dan
memberikan kesedaran tentang kitar semula.
o
Projek-projek komuniti: jalankan
aktiviti-aktiviti untuk memperbaiki dan meningkatkan aktiviti- aktiviti
mengitar semula.
BERITA TENTANG KITAR SEMULA
Menurut keratan akhbar ini semua Kawasan Rukun Tertangga perlu
mengadakan beberapa kempen bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang
kepentingan kitar semula kepada kita semua.
Idea yang diberikan amat tepat kerana sebuah organisasi mampu untuk menjadi
penggerak utama sesebuah organisasi bagi melaksanakan aktiviti di kawasan
sekitar tempat tinggal.
LAPORAN PERTANDINGAN
Pengenalan Projek
Program ini khas dilaksanakan untuk mendedahkan semua warga sekolah
pengetahuan tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan seterusnya meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah dalam amalan lestari hidup terutamanya mengitar semula bahan-bahan yang sedia ada dalam kawasan sekolah. Antara aktiviti yang dianjurkan di bawah program ini adalah Program Kitar Semula, Aktiviti pengumpulan bahan-bahan terbuang yang diperolehi di sekitar sekolah dan rumah warga sekolah
Matlamat Projek
Menjadikan warga Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa sedar dan bergiat aktif dalam program amalan lestari dan lestari hidup.

Objektif Projek
I. Mendedahkan warga sekolah pengetahuan mengenai kepentingan
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan program-program
mesra alam.
II. Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan
berkesan seperti program kitar semula.
III. Memupuk semangat kerjasama semua warga sekolah dalam menjaga
kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah
IV. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga
sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.
V. Memupuk sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar dengan
memberi dan menyediakan peluang dan kesempatan kepada warga
sekolah untuk menjalankan aktiviti kitar semula.
Faedah Projek
I. Semua warga sekolah didedahkan dengan pengetahuan secara lebih
mendalam mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar.
II. Aktiviti melibatkan pelajar-pelajar dalam amalan lestari hidup seperti
penjimatan pengunaan air dan tenaga elektrik, cara-cara menjaga alam
sekitar dan mengitar semula bahan-bahan yang tidak berguna.
III. Warga sekolah dapat memanfaatkan program ini untuk dilaksanakan di
tempat kediaman masing-masing dengan mempraktikkan amalan kitar
semula.
IV. Secara tidak langsung, sebagai satu sumber pendapatan dari hasil jualan
barangan kitar semula yang dikumpulkan itu.
Pihak Pelaksana Program Amalan Lestari Kitar Semula
PIBG SMK Bukit JAWA, Panitia Kemahiran Hidup, Panitia Kajian
Tempatan, Panitia Pendidikan Moral, dan AJK SMK Bukit Jawa.
Strategi Pelaksanaan
1. Mengadakan taklimat ringkas berkaitan dengan kitar semula kepada semua murid semasa gerak gempur pagi.
2. Memaparkan maklumat tentang pencemaran alam sekitar dan risalah-risalah tentang kepentingan kitar semula di setiap kelas.
3. Menganjurkan pertandingan antara kelas yang berjaya mengumpul bahan - bahan kitar semula terbanyak dan berkesan.
4. Memberi pengiktirafan kepada kelas yang menyumbang dan terlibat secara aktif dalam melaksanakan program kitar semula ini
5. Menjalankan aktiviti pungutan dan pengumpulan bahan kitar semula pada hari penamat program ini.
6. Menyediakan beg plastik hitam dengan label kepada setiap kelas agar mereka dapat mengkategorikan jenis-jenis bahan kitar semula mengikut kumpulan yang betul misalnya kertas, plastik dan tin-tin aluminium.
7. Menghubungi agensi-agensi berkaitan untuk mengumpul semua bahan kitar semula yang berjaya di kumpul oleh murid-murid di setiap kelas
Pencapaian
Objektif tercapai dan semua warga sekolah mengambil bahagian secara aktif
dalam setiap program yang dijalankan.
Segala program yang dijalankan mendapat kerjasama yang menyeluruh dari
warga sekolah dan AJK SMK Bukit Jawa.
Masalah dan Kekangan Yang Di Hadapi
Kekangan dari segi masa untuk menjalankan program selain dari waktu
sekolah dan aktiviti yang dijalankan hanya terbatas pada aras murid sekolah rendah.
Perancangan Seterusnya
Meneruskan program ini dengan memantau keberkesanannya dari masa ke
semasa dan menggalakkan murid sepanjang masa dalam mengumpulkan bahan
kitar semula dengan cara memaklumkan setiap minggu semasa perhimpunan pagi.
Menambahkan lagi aktiviti dan program yang berkaitan kesedaran kitar
semula dan ia akan dijadikan aktiviti wajib setiap tahun seperti program 3R ‘Rethink,Reuse, Recycle.

BAHAN-BAHAN YANG
DIGUNAKAN UNTUK KITAR SEMULA
Ø KERTAS
Surat khabar lama
dan majalah-majalah usang yang telah dikumpul
dari seluruh negara akan dibawa ke kilang memproses kertas terpakai.
Kertas-kertas yang dikumpulkan tadi dihantar ke tempat pemprosesan
di mana pada mulanya proses mencampurkan air dengan bahan kimia
Kertas-kertas yang dikumpulkan tadi dihantar ke tempat pemprosesan
di mana pada mulanya proses mencampurkan air dengan bahan kimia
akan dilaksanakan
untuk membantu dalam proses penghancuran sebelum dibersihkan daripada kotoran
yang nyata. Kertas yang dihancurkan
tadi dinyahkan dakwat yang terkandung di dalamnya, sebelum menjalani proses pembersihan
selanjutnya, proses penapisan dan
pencerahan.
Kemudian, hasil yang diperolehi daripada proses di atas dicampurkan dengan air lalu dipamkan ke bahagian hujung basah mesin membuat kertas. Kertas kemudiannya diratakan oleh mesin pelembut kertas sebelum digulung menjadi satu gulungan kertas yang besar.
Gulungan kertas tadi kemudiannya dipotong mengikut pelbagai saiz,

bergantung kepada
kehendak pelanggan.
Ø KACA
Kaca
akan diasingkan mengikut warna. Apabila kaca dicairkan, warna asalnya masih kekal bermakna kaca
hijau akan kekal menjadi kaca
hijau, kaca coklat akan kekal dengan kaca coklat, dan kaca yang jernih
akan kekal menjadi kaca jernih
Setelah kaca-kaca diasingkan mengikut warna dan dibersihkan, ia
akan dihancurkan dan ditambah dengan sedikit bahan mentah yang lain untuk dijadikan kaca yang baru. Campuran tersebut akan dipanaskan sehingga cair dan akan membentuk sejenis cecair. Kaca yang masih panas akan dibentuk untuk dijadikan botol.
Hasil yang terbentuk akan disejukkan dan diperiksa dari sebarang
keretakan/kecacatan. Proses terakhir ialah kaca-kaca yang sudah
siap akan dihantar ke syarikat-syarikat atau kilang-kilang di mana kaca ini akan diisi dengan makanan dan minuman.

Ø ALUMINIUM
Aluminium terpakai
yang telah dikumpul, diasingkan lalu
direnyukkan
untuk diangkut ke pusat kitar semula.
Aluminium terpakai kemudian dilebur untuk menyingkirkan bendasing.
Tin-tin aluminium terpakai kemudiannya digunakan untuk
menghasilkan tin-tin yang baru. Kitaran semula aluminium
menjimatkan banyak tenaga berbanding memproses kitar semula

barangan lain
seperti kertas.
Ø
PLASTIK
Plastik-plastik yang
boleh dikitarsemula, ini seterusnya
diasingkan mengikut kategori.
Kitar semula plastik ini adalah satu perkara yang paling mudah dan
ringkas. Plastik akan dipisah-pisahkan sehingga menjadi serpihan
halus yang bersaiz lebih kurang 1 sentimeter. Kemudian ia dicuci
untuk membuang segala kotoran. Serpihan yang telah dibersihan

Itu tadi akan dikeringkan melalui saluran udara panas.
Serpihan-serpihan plastik kemudiannya dibungkus untuk dijual
(dalam bentuk serpihan) ataupun akan dijadikan bahan-bahan
Serpihan-serpihan plastik kemudiannya dibungkus untuk dijual
(dalam bentuk serpihan) ataupun akan dijadikan bahan-bahan
baru.